ISTIMEWA BUAT MU
Cinta ...air mata ..suka dan duka. Ku menulis madah buat teman-teman ku, kerana ia sering bertandang ke dalam minda ku...lalu ku kongsi madah ini buat kalian. Andai ada komen..aku alu-alukan kerna dapat ku perbaiki kelemahan itu. Terima kasih teman...tanpa mu mungkin aku jatuh tersungkur kerna peristiwa itu...kerana dirimu lah aku cuba bangkit mengharung suka dan duka ini bersama permata hati yang aku sayangi.
Selasa, 6 Disember 2011
Apa lagi.........
Kali ini aku mengaku salah...ampunkan diriku ..salah ku kerna meninggi suara terhadap mu..tapi aku terpaksa kerna perlu sentiasa mengingatkan dirimu...kerna dirimu sering terlupa. Apa yang aku dapat adalah kemarahan mu yang berjela. Dirimu masuk kerumah tanpa membuka kasut hinggalah ke dalam bilik.. utk apa semua itu..kenapa mesti tunjukkan sikap tu pada anak mu yang baru. dirimu tak kucup pun anakmu itu..sedangkan dia menunggu kepulangan mu..dia betul2 terasa hati...dalam tidur hatinyer hiba..seperti mana diriku. maafkan mama sayang...aku hanya mampu menahan kemarahan...melihat tanpa perasaan kerna ku tak mahu cerita ini berpanjangan.
Apakah cerita dirumah waktu ini? risaunyer perasaan bila berada di pejabat. dengan mood dirimu yang tak keruan...dengan latah anak2..ya allah..lindungilah anak2 ku. lembutkan lah hati papanya...berilah taufik dan hidayah padanyer...walaupun dirimu tak pernah nak menghargai segala pengorbananku...bagaimana harus aku redha dengan semua ini...ya allah mengapa beratnyer ujian ini..kau menguji hati dan perasaan ku ...
Aku harus menghiburkan hati yang lara ini...kehidupan harus diteruskan...
Selasa, 9 Ogos 2011
Khamis, 28 Julai 2011
Rabu, 22 Jun 2011
Ya allah...aku hanya berserah pada mu...andai ini dugaan yang kau beri..aku redha..kerna hatinyer telah tawar buat ku
'aku tak kisah kalau kau nak ikut jantan lain..kau nak ikut si @#$@#$@&.... lantaklah sebab aku dah tawar hati dengan kau'
'kau menyusahkan hidup aku'
'semuanya hancur bila aku kawin dengan kau'
ya tuhan..selama 7 bln aku mengandungkan anak dia..selama itulah aku menanggung caci maki dari nyer..apa salahku lagi..sedangkan apa yang terjadi semuanya kerana kawan yg disanjung2 hingga memakan awak. dan bila segalanya tak termampu utk dibiayai..salah ku jua. aku hanya mampu berdiam walau aku tak pernah setuju dan redha atas apa yang dirimu lakukan..kerana segala nasihat dariku adalah racun bagi mu...nasihat dari mereka adalah gula yang aku pasti itulah yang akan menghancurkan mu. semoga allah membuka pintu hati agar dirimu kembali kepangkal jalan. kerna manusia sekeliling mu..tak mahu kita bahagia.. tapi bagimu..mereka lah segalanyer...ku berserah..kerna kau pasti akan meninggalkan ku..kerna itu yang sering kau sebut..kunci ditangan mu..semoga allah berikan petunjuk dan kebenaran...ku keraskan hati untuk tidak mengharapkan cinta mu lagi...hanya ku bertahan kerna zuriat ini...kan ku kunci dan keraskan hati agar tidak merayu dan menitiskan air mata didepan mu...kerna aku sudah tiada makna dan erti dalam hidupmu lagi.
Khamis, 16 Jun 2011
'awaklah perempuan sial yang pernah saya jumpa'
'kenapalah aku boleh kawin dengan kau'
'kau ni memang betina sial'
'kenapalah aku dapat bini gila macam kau ni'
'dalam ramai2 perempuan saya jumpa..awaklah perempuan yang paling sial'
'kau ni menyusahkan hidup aku'
'aku boleh cari banyak perempuan..kau pun tahu, sekejap jer aku boleh dapat semua tu'
kata-kata itu terluah bila marahnyer sampai...bila kesalahan yang bukan datangnyer dari aku..atau aku sendiri yang buatkan sidia marah. haruskah aku menghormati kawan-kawan awak yang aku rasa sengaja mencurahkan api kedalam hati awak untuk terus membenci saya...sebagaimana saya membenci mereka. hidup dah lama, tapi lebih suka menjadi hamba..hidup atas kesenangan orang lain..luluhnyer hati bila awak sendiri yang bercerita'diaorang tak boleh tengok saya ketawa dengan awak; diaorang jealous'. dari situ awak dah nampak..yang mereka sengaja cari jalan untuk melaga-lagakan saya dengan awak..tapi kenapa awak tak nampak. setiap kali saya nak keluar dengan awak..ade sahaja alasan dia orang agar suruh awak balik cepat...awak sendiri boleh tengok..masing2 tak ada makwe, tak ada anak bini..umur dah lanjut..itupun awak tak boleh fikir. masa awak habis dengan mereka jer..dari mula saya pergi keje sampailah saya pergi keje esoknyer... awak masih dengan dia orang..dia orang dah tentu tak ada tanggungjawab..sebab itu dia orang ambik kesempatan bila awak tengah marah..dah saya akan menjadi mangsa maki hamun awak di depan mereka. dia orang tu air dah penuh dalam kepala....umur dah tua..tu sebab saya panggil dia orang setan...saya sakit hati...kalau dia orang tu manusia..dia tak akan porak perandakan saya dengan awak..sbb dia setanlahh dia menjadi duri dalam daging. tapi semuanyer dah dirancang dan ditutup rapi agar awak tak nampak salah mereka. melangkah jer awak keluar dari rumah..apa keje yang dia orang buat...berkurung dalam bilik..kata jaga keselamatan...semunya berubah bila awak balik rumah...semua berlakon buat keje.....saya yang ada dekat rumah..dan saya tahu apa lakonan mereka. tapi hati dan mata awak dah dibutakan oleh setan tu..........