Rabu, 22 Jun 2011





Ya allah...aku hanya berserah pada mu...andai ini dugaan yang kau beri..aku redha..kerna hatinyer telah tawar buat ku


'aku tak kisah kalau kau nak ikut jantan lain..kau nak ikut si @#$@#$@&.... lantaklah sebab aku dah tawar hati dengan kau'


'kau menyusahkan hidup aku'


'semuanya hancur bila aku kawin dengan kau'


ya tuhan..selama 7 bln aku mengandungkan anak dia..selama itulah aku menanggung caci maki dari nyer..apa salahku lagi..sedangkan apa yang terjadi semuanya kerana kawan yg disanjung2 hingga memakan awak. dan bila segalanya tak termampu utk dibiayai..salah ku jua. aku hanya mampu berdiam walau aku tak pernah setuju dan redha atas apa yang dirimu lakukan..kerana segala nasihat dariku adalah racun bagi mu...nasihat dari mereka adalah gula yang aku pasti itulah yang akan menghancurkan mu. semoga allah membuka pintu hati agar dirimu kembali kepangkal jalan. kerna manusia sekeliling mu..tak mahu kita bahagia.. tapi bagimu..mereka lah segalanyer...ku berserah..kerna kau pasti akan meninggalkan ku..kerna itu yang sering kau sebut..kunci ditangan mu..semoga allah berikan petunjuk dan kebenaran...ku keraskan hati untuk tidak mengharapkan cinta mu lagi...hanya ku bertahan kerna zuriat ini...kan ku kunci dan keraskan hati agar tidak merayu dan menitiskan air mata didepan mu...kerna aku sudah tiada makna dan erti dalam hidupmu lagi.

Khamis, 16 Jun 2011

'awak ada ker? tak ada ker? tak ada effect dekat saya'
'awaklah perempuan sial yang pernah saya jumpa'
'kenapalah aku boleh kawin dengan kau'
'kau ni memang betina sial'
'kenapalah aku dapat bini gila macam kau ni'
'dalam ramai2 perempuan saya jumpa..awaklah perempuan yang paling sial'
'kau ni menyusahkan hidup aku'
'aku boleh cari banyak perempuan..kau pun tahu, sekejap jer aku boleh dapat semua tu'



kata-kata itu terluah bila marahnyer sampai...bila kesalahan yang bukan datangnyer dari aku..atau aku sendiri yang buatkan sidia marah. haruskah aku menghormati kawan-kawan awak yang aku rasa sengaja mencurahkan api kedalam hati awak untuk terus membenci saya...sebagaimana saya membenci mereka. hidup dah lama, tapi lebih suka menjadi hamba..hidup atas kesenangan orang lain..luluhnyer hati bila awak sendiri yang bercerita'diaorang tak boleh tengok saya ketawa dengan awak; diaorang jealous'. dari situ awak dah nampak..yang mereka sengaja cari jalan untuk melaga-lagakan saya dengan awak..tapi kenapa awak tak nampak. setiap kali saya nak keluar dengan awak..ade sahaja alasan dia orang agar suruh awak balik cepat...awak sendiri boleh tengok..masing2 tak ada makwe, tak ada anak bini..umur dah lanjut..itupun awak tak boleh fikir. masa awak habis dengan mereka jer..dari mula saya pergi keje sampailah saya pergi keje esoknyer... awak masih dengan dia orang..dia orang dah tentu tak ada tanggungjawab..sebab itu dia orang ambik kesempatan bila awak tengah marah..dah saya akan menjadi mangsa maki hamun awak di depan mereka. dia orang tu air dah penuh dalam kepala....umur dah tua..tu sebab saya panggil dia orang setan...saya sakit hati...kalau dia orang tu manusia..dia tak akan porak perandakan saya dengan awak..sbb dia setanlahh dia menjadi duri dalam daging. tapi semuanyer dah dirancang dan ditutup rapi agar awak tak nampak salah mereka. melangkah jer awak keluar dari rumah..apa keje yang dia orang buat...berkurung dalam bilik..kata jaga keselamatan...semunya berubah bila awak balik rumah...semua berlakon buat keje.....saya yang ada dekat rumah..dan saya tahu apa lakonan mereka. tapi hati dan mata awak dah dibutakan oleh setan tu..........






Hari berganti hari..

masa berlalu pergi..

semakin hari kata itu menyengat hati..

semakin bertambah pilu dihati..




sudah jauh rasanyer menyendiri...

ku mencari seseorang yang blh buatkan ku happy...

menutup segala kekecewaan diri...

mengubat luka yang semakin dalam dihati..



ya tuhan..kau yang ku cintai..

doaku kau teliti..

saatku tersepit sendiri...

kau sampaikan dia..menjadi pendorong diri...



terima kasih buat mu insani..

sesungguhnyer hanya allah membalas budi..

hanya doa ku iringi

agar dirimu sentiasa dirahmati..